Aku sendirian didalam sebuah bilik ... tiada teman untuk berbicara .. hanya LAPPY saja yang menemani malamku ini .. disegenap bilik ini hanya bunyi kipas yang berbunyi .... malam ini awan mengeluarkan airnya untuk membasahi bumi yang panas disiang hari ...bumi dibasahi hujan seluruh nya .. tiada satu tempat yang lapang tidak dibasahi hujan .. hanya ada tempat berlindung sahaja dapat mengelakkan diri dari hujan ...
Malam ini tiada seperti malam-malam sebelumnya .. aku dapat menonton tv ... tetapi aku harus melaksanakan kewajiban aku tinggal dirumah .. kini aku tinggal di dalam sebuah rumah dan tinggal sendirian di dalam bilik tanpa ditemani sesiapa pun .. hanya my LAPPY sahaja yang setia menemaniku .. disaat aku memerlukn .. betapa setianya ia .. tidak seperti seseorang yang mengkhianatiku .. menabur janji yang hanya ditepati pada mulanya tetapi setelah merasa ada yang lebih baik dia menduakan kita ...sungguh kejamnya dirimu .. tidak mengapa ... biarlah hidupku ditemani LAPPY ku ...yang setia untuk diguna ...
Bagaimana akan aku hadapi kehidupan aku yang akan mendatang ... disini aku telah menemui kawan ... tetapi belum dapat menyesuaikn diri dengan persekitaran, tempat tinggal,semua nya baru aku rasakan .. keadaan ini akan ada pada mula nya... tetapi lebih banyak yang akan dihadapi selepas ini ...akan aku cuba bertahan dengan pertolongan dari yang maha berkuasa .... hanya DIA yang mengetahui segala-galanya ... hanya DIA yang telah mengatur semua yang ada di muka bumi ini..kita sebagai hamba-NYA yang meneruskan apa yang telah dirancangkan .... sungguh besarnya kuasa yang maha ESA ...
Bak kata remaja-remaja yang suka melepak pada malam hari ... mereka akan kata malam masih muda .. malam ini aku jua merasakan sedemikian yang dirasakan oleh remaja lain ... pada awalnya tadi mataku sudah mahu terlelap tetapi terjaga kerana terkejut ada panggilan telefon dari kakak saudaraku yang tinggal di sini ...dia memberitahu dia sudah sampai dihadapan rumah dan aku pun bergegas turun untuk berjumpa dengannya .. tidak disangka-sangka dia mahu melihat "ASTANAKU".. aku pun memperlawanya ...sesampainya dihadapan pintu aku menerima 1 lagi panggilan telefon dari sahabatku ... aku berasa serba salah untuk menjawab pertanyaan dari sahabatku atau dari kakak sepupuku ... akhirnya aku membuat keputusan untuk bercakap dengan kakak sepupuku kerana sahabatku dapat menelefonku di hari yang lain .. jika ada .. jika tidak ada ,,tidak mengapa ...
Esok adalah hari ke-2 ...kawan-kawan baru ku comel-comel loteh sahaja badan ..tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil .. begitulah bentuk badan manusia diakhir zaman ... semakin zaman ini dekat dengan penghujungnya semakin kecil bentuk badannya semakin liarlah sikap-sikap remaja .... YA ALLAH lindungilah aku daripada tergolong dari golongon yang sedemikian... AMIN...............
Petang esok aku akan berhijrah dari "ASTANAKU" ini untuk seketika waktu ....selepas itu aku akan kembali lagi ke tempat ini semula untuk menjalankan kehidupan ini ... dapatkah aku bertahan ...semoga doa-doaku dimakbulkan oleh yang maha ESA ....
Sekian sahaja ceritera aku untuk mala ini ... mataku semakin digamit rasa ingin tidur ....dan rasa tidak sabar untuk menantikan hari esok dan tidak sabar rasanya untuk pulang ke tempat kediamaan kakak saudaraku itu ....
assalamualaikum W.B.T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan